INFO KORPORAT /SEJARAH

Konvensyen Juruteknik Komputer Sektor Awam Negeri Sabah (JTK SANS) merupakan salah satu program yang tersenarai dalam kalendar latihan, Bahagian Latihan dan Kompetensi (BLK), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan merupakan konvensyen tahunan anjuran Bahagian ini. Urus Setia Konvensyen ini terdiri dari kakitangan Juruteknik Komputer dari jabatan ini yang dilantik.

Sebelum ini, penganjuran konvensyen ini diadakan pada setiap tahun dan telah ditukar kepada dua tahun sekali dimana tahun terakhir dilaksanakan pada tahun 2022. Konvensyen yang julung kali dianjurkan pada 2011, kini diadakan semula pada tahun ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada semua Juruteknik Komputer di JPKN dan agensi lain di sektor awam negeri sabah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan ICT. Matlamatnya adalah untuk memastikan mereka dapat menjalankan tugas sebagai Juruteknik Komputer dengan dedikasi dan cemerlang.

Image